Parameter Merupakan satu ukuran yang mewakili sifat populasi
dan biasanya tidak diketahui (maka perlu dianggar). Contohnya min populasi merupakan
satu parameter yang selalu digunakan dalam pengiraan nilai purata untuk sesuatu
populasi. Pembezaan Pembezaan merupakan satu kaedah yang
popular dan berkesan untuk mengeluarkan kesan tren dari sesuatu siri masa. Ini
memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kelakuan sebenar sesuatu siri. Pembolehubah
Diskrit Pembolehubah yang mengambil nilai integer seperti 0, 1, 2, 3,
4, ... Pembolehubah diskrit biasanya (tapi tidak semestinya) boleh dikira/dibilang..
Contoh pembolehubah rawak diskrit ialah bilangan anak dalam keluarga, bilangan
pengunjung ke pawagam pada hari jumaat, bilangan pesakit yang menjalankan pembedahan,
bilangan lampu yang rosak dalam sebuah kotak. Pembolehubah Selanjar
Pembolehubah yang mengambil infiniti nombor bagi sesuatu nilai. Pembolehubah selanjar
biasanya dalam bentuk ukuran. Contohnya tinggi, berat, kandungan gula dalam oren,
masa yang diperlukan untuk berlari sejauh sebatu. Pengujian Mann-Whitney
Test Pengujian Mann-Whitney ialah salah satu ujian tak berparameter untuk
perbandingan bagi data sampel dari dua kumpulan bebas. Ujian ini merupakan alternatif
kepada ujian-t, apabila andaian untuk varians normal tidak dipenuhi. Ianya digunakan
untuk menguji hipotesis nol iatu kedua-dua sampel adalah dari populasi yang sama
bertentangan dengan hipotesis alternatif iaitu kedua-dua sampel adalah dari populasi
yang berbeza. Peristiwa tak bersandar Dua peristiwa dikatakan
tak bersandar jika berlakunya sesuatu peristiwa tidak mempengaruhi berlakunya
peristiwa yang satu lagi, iaitu peristiwa yang berlainan tidak mempengaruhi sesama
sendiri. Persampelan Bukan Kebarangkalian Proses persampelan
di mana kebarangkalian bagi unit persampelan dipilih menjadi sampel tidak diketahui. Persampelan
Kebarangkalian Suatu teknik pemilihan sampel, yang mana setiap unit persampelan
mempunyai kebarangkalian/peluang untuk dipilih. Populasi Merupakan
satu set ukuran dalam sesuatu penyelidikan. Rangka Persampelan
Merupakan senarai ahli-ahli dalam sesuatu populasi, di mana sampel akan dipilih.
Contohnya, buku panduan telefon.
Ralat persampelan Ralat yang
disebabkan oleh kesilapan semasa proses persampelan ataupun penentuan saiz sampel. Regresi
Mudah Regresi mudah bertujuan mengkaji hubungan linear di antara pembolehubah
tak bersandar dengan pembolehubah bersandar dengan menggunakan kaedah kuasa dua
terkecil. Ruang sampel Set semua kesudahan yang mungkin bagi
sesuatu ujikaji atau eksperimen. Sampel Sampel ialah subset yang
dapat mewakili sesuatu populasi. Selang Keyakinan Selang Keyakinan
memberikan selang anggaran pada aras signifikan yang ditentukan bagi parameter
populasi yang tidak diketahui. Selang anggaran dikira daripada data sampel. Statistik
Merupakan ukuran pemerihalan berangka (numerik) yang dikira dari sampel. Ia berguna
dalam memberikan inferens statistic kepada nilai yang tidak diketahui dalam populasi
berkenaan. Contohny, nilai purata daripada sampel digunakan untuk memberikan maklumat
tentang min populasi di mana sampel itu dipilih. Statistikal Inferensi
Statistikal Inferensi menggunakan maklumat dari sampel untuk membuat kesimpulan
(inferensi) tentang populasi di mana sampel diambil. ^^ up |